13 Julai 2020 - 14:49
Iran-China Mahu Hapuskan Pengunaan Dolar Melalui Kerjasama Dua Hala

Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata bahawa kerjasama strategik di antara Iran dan China bertujuan untuk membantu kedua-dua negara meinggalkan dolar AS sekaligus memintas sekatan haram Washington.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Penasihat kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran berkata bahawa kerjasama strategik di antara Iran dan China bertujuan untuk membantu kedua-dua negara meinggalkan dolar AS sekaligus memintas sekatan haram Washington.

Ali Aqa-Mohammadi berkata bahawa perkongsian dua hala itu bakal mengukuhkan kerjasama ekonomi dan pertahanan dua negara dengan melindungi kerjasama mereka daripada "campur tangan pihak ketiga."

Kerjasama tersebut akan "menutup dan menghapuskan titik kelemahan," di mana sekatan, termasuk yang menyasarkan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua negara, boleh dikuatkuasakan (oleh pihak ketiga), kata beliau lagi.

"AS tidak mahu sekatan ditamatkan," kata Aqa-Mohammadi. "Perjanjian ini mengecewakan AS dan pelan ini sama sekali merosakkan rancangan mereka."

Washington kembali memperkenalkan sekatan ke atas Iran selepas meninggalkan perjanjian nuklear yang dikenali sebagai JCPOA. -Press TV